Sunday 28 April 2013

TAMADUN INDUS

Lokasi Tamadun Indus
  •  Tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus iaitu berada di barat laut India.
  • Punca sungai ini  adalah bermula dari pergunungan Himalaya dan  mengalir menuju ke laut Arab .
  • Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa .
  •  Ia dikelilingi oleh Bandaran Makran, Pergunungan Baluchisan, Punjab dan Rajasthan( timur ) serta Kathiawar dan Gujerat ( tenggara ) .




Tempoh masa tamadun Indus berlaku

  •   Muncul daripada 2500 S.M. dan mengalami kemerosotan pada 1800 S.M.
  • Kemorosotannya adalah  disebabkan oleh serangan orang Aryan , bencana alam seperti banjir, kemarau, dan gempa bumi .
Proses pembentukan tamadun Indus

  • ·    Tamadun ini adalah bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan untuk meneruskan kehidupan.
  • ·    Petempatan kekal telah diwujudkan kerana sumber air yang mencukupi dan bersih   serta tanah yang subur di Lembah Indus.
  • ·   Hasil pertanian dan bilangan penduduk turut  bertambah dan menyebabkan perkembangan bandar seperti Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.
Ciri –ciri Tamadun Indus .
·         Bandar terancang :

  •      Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  1.  Bahagian utama yang mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .
  2. Bahagian kedua yang dipenuhi oleh kawasan perumahan.Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Selain daripada itu, ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba      Bandar di sini disusun berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lai Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan yang sistematik. Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan untuk menghubung dengan orang lain.


Bandar terancang Tamadun Indus

·         Organisasi sosial :
1.  Terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan golongan bawahan.
2.    Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
3.  Pendeta merupakan orang yang berkuasa berkaitan dengan hal keagamaan  menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
4.    Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di tamadun ini.
5.    Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
6. Petani ialah golongan yang menyerahkan sebahagian daripada hasilnya    kepada pihak berkuasa.
7. Buruh pula menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan.
·         Pengkhususan pekerjaan :
1.   Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh mereka ialah perdagangan, pertanian, pertukangan , dan pembuatan .
2.  Mereka menjalankan aktiviti perdagangan sehingga ke Mesopotamia dengan bukti yang menunjukkan cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
3.      Hasil dagang mereka ialah emas, gading, manik dan pertanian.
4.      Petani menanam barli dan kacang.
5.      Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.
Hasil barang tembikar masyarakat Indus

·         Amalan agama :
1.  Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
2. Mereka juga percaya Tuhan ibu seperti yang diamalkan oleh masyarakat Mesopotamia, Syria dan Palestin.

·         Sistem tulisan :
1.      Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf.

Sumbangan tamadun Indus
·         Perancangan Bandar :
1.      Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.
2. Bandar yang hendak dibina dan dirancang memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
3.  Mereka mempunyai bahan binaan yang bermutu dimana batu-bata adalah diperbuat daripada tanah liat yang dibakar pada suhu tinggi.
Perancangan bandar yang sistematik

·         Sifat keterbukaan :
1. Sikap terbuka membolehkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
2.  Hubungan ini telah membawa kepada pertukaran teknologi antara mereka dengan masyarakat tamadun lain yang dapat disesuaikan dengan keadaan tempatan.